Apakah Score A Programme™ ?
- Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Apakah pembelajaran "output"?
- Pembelajaran "output" ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.
- Kaedah pembelajaran output secara tradisional.
- Periksa sendiri kertas jawapan.
- Tidak boleh mengulang soalan.
- Tiada pemantauan masa.
- Terlalu banyak buku latihan (membebankan pelajar).
- Tidak interaktif.
Apakah pembelajaran "input"?
- Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input.
- Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.
- eNotes™ adalah nota ringkas tetapi padat yang disediakan untuk semua matapelajaran dalam program Score A.
- eNotes™ sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu matapelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti eNotes sebelum menjawab soalan di dalam eTopic™.
- Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disediakan melalui eTopic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.
- ePast Year Exam™ membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR, PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd., yang mana syarikat ini telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
- Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.
(soalan-soalan berpandukan topik)
- eTopic™ adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah.
- Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari.
- Ibu bapa dapat membantu perkembangan akademik anak-anak. Maka dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.
- Melalui eTopic™, penandaan dibuat serta-merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan.
- Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.
- eAssessment™ merupakan latihan output secara serta-merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat.
- Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya.
- Penandaan dan keputusan adalah serta merta.
- Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.
- eTrial Exam™ adalah dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar. Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
- Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan. “Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
- Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.
- Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.
eNational Trial Exam™
- eNational Trial Exam™ adalah peperiksaan percubaan secara online yang diadakan serentak di seluruh Negara.
- eProgress™ adalah carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
- Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
eDictionary™
- eDictionary™ khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.
(Online dan sms)
- eReport Card™ Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak.
- Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak.
- Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa.
- Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
- Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.
Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
- Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
- Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.